Penambahan Keahlian Baru Puteri KM

Friday, July 3, 2009

Program Penambahan Keahlian Baru
Di Cawangan Puteri UMNO Kg. Salimandut & Singgahmata
Terima kasih Ketua UMNO Cawangan Kg. Salimandut atas sokongan
Restui perjuangan anak-anak mu...


Program Penambahan Keahlian Baru di Cawangan Kg. Novusung
Wanita UMNO juga turut hadir menjayakan program ini. Terima kasih ibu!


Terima kasih atas sokongan semua untuk menjayakan program ini...


Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu telah menganjurkan Program Penambahan Keahlian Baru di Cawangan Kg. Novusung, Matunggong pada bulan yang lepas. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu. Sambutan adik-adik puteri di cawangan ini sangat menggalakkan. Tahniah kepada adik Sarinah Morusin selaku Ketua Puteri Cawangan Kg. Novusung dan Adik Winnie Mabaris selaku Naib Ketua Puteri serta semua adik-adik puteri yang hadir atas usaha untuk menjayakan program tersebut. Tidak lupa juga kepada kakak-kakak Wanita UMNO yang turut hadir dalam program ini. Terima kasih daun keladi!

Sebelum ini, program seumpama ini telah diadakan di Cawangan Kg. Salimandut dan Kg. Singgahmata, Tandek bersempena dengan Program Titian Integrasi, anjuran bersama Puteri UMNO Cawangan Kg. Salimandut dan Puteri UMNO Cawangan Kg. Singgahmata. Tahniah kepada adik Justina Tuyundo selaku Ketua Cawangan Puteri Kg. Salimandut dan adik Maslinah Jenalin selaku Ketua Cawangan Puteri Kg. Singgahmata atas penganjuran program tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir untuk menjayakan program tersebut.

GENERASI WANITA PRIHATIN & BERILMU...

0 comments:

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP