Puteri UMNO KM: Sulap Piandaman Jadi Pilihan

Wednesday, July 1, 2009



Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu Bil. 3/2009 telah diadakan di Sulap Piandaman, Kota Marudu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu. Antara agenda yang dibincangkan adalah pembentukan biro-biro sebagai satu strategi untuk mengukuhkan pergerakan Puteri UMNO Kota Marudu.

2 comments:

NONG July 1, 2009 at 2:32 PM  

PUTERI UMNO AKAN TERUS MARA!!!

Puteri KM July 1, 2009 at 4:50 PM  

Tatappppp Nong. KITA mara terussss!

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP