Bayi berumur 6 bulan dapat diselamatkan

Tuesday, July 7, 2009

Pn. Norhamidah Jarimal menyampaikan sumbangan daripada Puteri UMNO Bahagian


Pada 03 Julai 2009 (Jumaat), lebih kurang jam 9.30 pagi, rumah adik Mairin Mosimpun, salah seorang ahli Puteri UMNO di Cawangan Kg. Lotong hangus dijilat api. Walau pun tidak ada harta benda yang dapat diselamatkan tetapi beliau bersyukur kerana tidak ada jiwa yang terkorban. Dalam kejadian itu, Mairin tidak menyedari api merebak cepat ke bahagian ruang rumah. Lalu Mairin bergegas menyelamatkan anaknya yang berumur 6 bulan. Pada masa itu, api sudah merebak dan ruang rumah dipenuhi dengan asap. Hanya suara anak yang menangis sahaja kedengaran. Mairin meluru ke arah tangisan itu dan ternampak kaki anaknya bergerak-gerak lalu ditarik dengan cepat. Tuhan menyebelahi mangsa kebakaran ini, bayi yang berumur 6 bulan dapat diselamatkan walaupun di bahagian muka bayi tu melecur terkena api. Puteri UMNO Bahagian KM sangat terharu degan tragedi ini. Semoga adik mairin dan keluarga tabah menghadapi cabaran ini. Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah.

"KEHIDUPAN DI DUNIA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARIPADA UJIAN DAN CABARAN. ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG MENGHADAPINYA DENGAN HATI YANG CEKAL"

Read more...

Jom Tengok Demonstrasi Masakan.....

Monday, July 6, 2009

Demonstrasi Masakan Kelas PKK Kemas Kg. Pinatau
Pada 02 Julai 2009 (Khamis)
Majlis Perasmian Disempurnakan Oleh YBhg. Pn. Redonah Bahanda
Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu

SeLaMaT MeMaSaK!

Read more...

Penambahan Keahlian Baru Puteri KM

Friday, July 3, 2009

Program Penambahan Keahlian Baru
Di Cawangan Puteri UMNO Kg. Salimandut & Singgahmata
Terima kasih Ketua UMNO Cawangan Kg. Salimandut atas sokongan
Restui perjuangan anak-anak mu...


Program Penambahan Keahlian Baru di Cawangan Kg. Novusung
Wanita UMNO juga turut hadir menjayakan program ini. Terima kasih ibu!


Terima kasih atas sokongan semua untuk menjayakan program ini...


Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu telah menganjurkan Program Penambahan Keahlian Baru di Cawangan Kg. Novusung, Matunggong pada bulan yang lepas. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu. Sambutan adik-adik puteri di cawangan ini sangat menggalakkan. Tahniah kepada adik Sarinah Morusin selaku Ketua Puteri Cawangan Kg. Novusung dan Adik Winnie Mabaris selaku Naib Ketua Puteri serta semua adik-adik puteri yang hadir atas usaha untuk menjayakan program tersebut. Tidak lupa juga kepada kakak-kakak Wanita UMNO yang turut hadir dalam program ini. Terima kasih daun keladi!

Sebelum ini, program seumpama ini telah diadakan di Cawangan Kg. Salimandut dan Kg. Singgahmata, Tandek bersempena dengan Program Titian Integrasi, anjuran bersama Puteri UMNO Cawangan Kg. Salimandut dan Puteri UMNO Cawangan Kg. Singgahmata. Tahniah kepada adik Justina Tuyundo selaku Ketua Cawangan Puteri Kg. Salimandut dan adik Maslinah Jenalin selaku Ketua Cawangan Puteri Kg. Singgahmata atas penganjuran program tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir untuk menjayakan program tersebut.

GENERASI WANITA PRIHATIN & BERILMU...

Read more...

Opppsss...baca dulu aktiviti Puteri KM ba..

Y.B. Sarapin Magana, YBhg. Pn. Tinah Majawan & YBhg. Pn. Redonah Bahanda
Sempena Pesta Kaamatan di Kg. Rampai, Matunggong
Anjuran Bersama Puteri dan Wanita UMNO Cawangan Kg. Rampai



'Gala Nite' di Dewan Komuniti, KM pada 07 Mei 2009



Perasmian Serentak Cawangan-cawangan UMNO 2009
Dewan Komuniti, Kota Marudu pada 06 Jun 2009

Read more...

Puteri UMNO KM: Sulap Piandaman Jadi Pilihan

Wednesday, July 1, 2009



Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu Bil. 3/2009 telah diadakan di Sulap Piandaman, Kota Marudu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu. Antara agenda yang dibincangkan adalah pembentukan biro-biro sebagai satu strategi untuk mengukuhkan pergerakan Puteri UMNO Kota Marudu.

Read more...

1 Malaysia: "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Majlis Perhimpunan Rakyat
Padang Bandaran, KK

Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu mengalu-alukan kehadiran YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selamat Datang Ke Negeri Di Bawah Bayu.

Read more...

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP