Mengatur langkah Puteri selepas 100 hari. @emysamsudin

Tuesday, February 4, 2014








POSISI Ketua Puteri UMNO bukanlah jawatan sebarangan. Jika tidak tabah menghadapi dugaan dan cabaran, jangan bermimpi mahu berada di kedudukan nombor satu sayap parti Melayu berpengaruh di Malaysia itu.

Ditambah pula dengan situasi semasa yang memperlihatkan ramai golongan belia termasuk
wanita muda lingkungan usia 18 ke 35 tahun semakin cenderung menyokong pembangkang. Jadi, cabaran sebagai Ketua Puteri memang besar.

Individu yang memegang jawatan itu perlu berhadapan dengan tanggapan negatif golongan muda hari ini kononnya apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menindas rakyat dan tidak terlepas daripada rasuah.

Itulah senario dihadapi oleh Mas Ermieyati Samsudin sejak diangkat sebagai Ketua Puteri UMNO baharu pada pemilihan parti itu Oktober tahun lalu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dipilih bagi menggantikan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menjangkau 100 hari sebagai Ketua Puteri, Mas Ermieyati yang ramah orangnya mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya untuk membantu parti serta kerajaan BN terus kekal di hati rakyat khususnya golongan wanita muda.

Dalam satu pertemuan baru-baru ini, Mas Ermieyati mendedahkan perkara pertama dilakukannya setelah diangkat sebagai Ketua Puteri ialah mengumpulkan kesemua barisan exco pergerakan itu yang juga baru dipilih terdiri daripada hampir 75 peratus muka baharu.

Tujuannya merapatkan 'saf' pergerakan puteri itu sendiri.

Beliau sedar, selepas pemilihan pasti akan wujud sedikit perpecahan berikutan perbezaan pandangan, malah beliau maklum ada yang 'tidak menyokongnya'. Tetapi beliau positif mahu memacu pergerakan itu terus berkembang memainkan peranan penting kepada parti.

"Alhamdulillah, walaupun saya tahu ada yang mungkin kurang bersetuju dengan saya tetapi mereka menerimanya secara positif dan saya juga bersikap positif terhadap mereka kerana kami berada dalam satu saf kepimpinan sayap. Komitmen setiap ahli dituntut," ujarnya.

Antara langkah pertama yang diambil selepas menerajui sayap termuda itu adalah bertemu dengan semua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bagi membincangkan pemilihan barisan kepimpinan pergerakan puteri di peringat negeri. "Kami telah menjadi sayap paling awal menyelesaikan perkara itu," katanya.

Menurut Mas Ermieyati, tempoh 100 hari kepimpinannya sebagai Ketua Puteri UMNO adalah sangat singkat untuk dinilai dan beliau belum berupaya melaksanakan kesemua rancangan yang telah dirangka.

Lagipun beliau tidak mahu terburu-buru.

"Saya melihat dalam tempoh 100 hari ini, saya tidak dapat buat banyak, tetapi yang saya sedang lakukan ini ialah membina asas," katanya.

Sebab itu langkah pertama pergerakan itu adalah menjalankan program daftar pemilih.

"Kami cuba mendaftarkan sebanyak mungkin belia yang akan menjadi penyumbang besar undi pada pilihan raya umum akan datang dan dalam masa sama menambat hati mereka untuk bersama-sama Puteri UMNO menerusi pelbagai program yang telah diatur sepanjang tahun.

"Saya mahu membentuk pergerakan puteri yang bukan hanya sebagai satu sayap parti dalam UMNO tetapi juga dilihat dekat di hati masyarakat melalui sentuhan gerak kerja," jelas beliau.

Mas Ermieyati turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan jentera siber Puteri UMNO kerana menyedari ia antara medium utama memberi penerangan mengenai sesuatu isu kepada kumpulan sasar.

Pergerakan tersebut tidak akan putus asa memberi latihan kepada jentera siber mereka dalam usaha mematahkan dakyah serta tohmahan pembangkang terhadap kerajaan amnya dan UMNO khususnya.

"Kami memang memberi penekanan serius untuk menangani 'perang' media siber ini. Kami mempunyai jentera sendiri tetapi berpendapat dalam isu ini penyelarasan harus dilaksanakan oleh semua sayap UMNO, bukan hanya Puteri sahaja supaya kesannya lebih efektif," katanya.

Apabila diajukan soalan mengenai pergerakan itu yang dilihat lesu di bawah kepimpinan beliau, Mas Ermieyati berharap pandangan itu dilihat daripada sudut positif.

Hakikatnya kata beliau, Puteri UMNO sentiasa ke hadapan dalam membantu rakyat, cuma kurang liputan media kerana berpendapat mereka perlu lebih banyak lagi belajar.

"Saya terima kritikan itu dan seperti saya katakan, barisan kepimpinan kali ini terdiri daripada 75 peratus muka baharu. Kami akui banyak perkara perlu dipertingkat serta diperkemaskan dan dari semasa ke semasa kami berusaha mengatasi kekurangan kami, lagi pun baru 100 hari saya jadi Ketua Puteri, masih banyak program belum dilaksanakan lagi," ujarnya.

Mas Ermieyati turut mengakui pergerakan di bawah pimpinannya tidak menonjol dalam memperjuangkan isu-isu semasa seperti kalimah Allah, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya tetapi menafikan tiada tindakan diambil oleh pihaknya.

Sebaliknya, pergerakan tersebut lebih gemar mengadakan diskusi ilmiah dengan pihak-pihak terbabit dalam sesuatu isu.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Read more...

MESYUARAT AJK PUTERI UMNO BIL.2, 2014. PEMBENTUKAN BIRO.

Sunday, February 2, 2014












Read more...

PERGERAKAN PUTERI UMNO KOTA MARUDU BERWAJAH BARU

Sunday, December 1, 2013


Sharifah Lydia Sharif Dandan 

merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu yang baru.
Menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO yang lalu. Jelas menampakkan kematangan ahli-ahli Puteri UMNO dalam melayari pentas politik yang semakin menampakkan taring cabaran.

TAHNIAH!!!

Read more...

SENARAI LANTIKAN BIRO PERGERAKKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2013


BIRO POLITIK : Mas Ermieyati Samsudin
BIRO KEAHLIAH DAN DAFTAR PEMILIH : Zahida Zarikh Khan
BIRO PENERANGAN DAN PEMIDATO : Haryati Hamdzah
BIRO KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA : Norwahida Pantun
BIRO PELAJARAN : Junaida Mat Ishak
BIRO SAHABAT PUTERI : Haziqah Nasirah Zol Bahari
BIRO MEDIA SOSIAL DAN DIGITAL : Mimie Harianie Alias
BIRO AGAMA : Nurhidayah Mohamad Shahaimi
BIRO SUKAN : Isfarina Mohd. Bali
BIRO KEBUDAYAAN DAN WARISAN : Julie Sabran
BIRO BANTUAN GUAMAN : Natassia Roslan
BIRO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN : Noor Aeiza Hassan
BIRO ANTARABANGSA : Nor Hazreena Mohamed Hashim
BIRO KESEJAHTERAAN BANDAR : Nurhuda Ab. Karim
BIRO ALAM SEKITAR DAN PERTANIAN : Noormadiana Kamaruddin
BIRO HAK ASASI SOSIAL DAN KESELAMATAN : Datin Azura Mohd. Afandi
BIRO KESIHATAN : Dr. Nur Faizah Ali
BIRO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR : Asfalinda Anuar
BIRO PENGGUNA : Norrulhuda Marsidiin
BIRO SUMBER MANUSIA : Nasibah Ismail
BIRO IT DAN BIOTEKNOLOGI : Datin Norsabrina Mohd. Noor
BIRO LATIHAN DAN PERKADERAN : June Artisha Mohamad Nazari
BIRO SUKARELAWAN : Nor farhana Alham

Read more...

Redonah Bahanda Dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu

Monday, October 3, 2011

PUAN REDONAH BAHANDA
KETUA PUTERI UMNO
BAHAGIAN P. 168 KOTA MARUDU

Dengan bangganya, AJK Puteri UMNO Bahagian dan seluruh ahli Puteri UMNO Bahagian P. 168 Kota Marudu merakamkan ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada YBhg. Puan Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO, Bahagian P. 168 Kota Marudu atas penganugerahan Bintang Setia Kinabalu (B.S.K) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-58 pada 01 Oktober 2011 (Sabtu). Semoga pemimpin wanita muda ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam perjuangannya untuk bersama-sama menjayakan cita-cita pemimpin-pemimpin terdahulu, yakni pada masa ini Gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Y. A. B Perdana Menteri Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan atas pengiktirafan yang diberikan kepada pengorbanan, sumbangan, jasa dan bakti cemerlang pemimpin wanita muda, YBhg. Puan Redonah Bahanda, yang menjadi idola kami. Sesungguhnya beliau adalah pemimpin produk 1Malaysia yang mendahulukan rakyat - kami rasa puas hati, rasa lega dan rasa berbaloi dengan pemimpin puteri UMNO yang kami pilih; mengutamakan pencapaian - mutu kerja beliau yang berkualiti dan memberikan manfaat selain sifat empati beliau yang luar biasa, wasatiyah, tawadhuk, keinginannya yang tinggi untuk turun ke padang dan sentiasa membuat pembaharuan.

"INI ADALAH KERAJAAN RAKYAT DAN 
PEMIMPIN KENA TAHU KEHENDAK RAKYAT"
(Y.A.B Dato. Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak)


Read more...

Puteri Kota Marudu Kutip Tandatangan Bantah "BERSIH"

Monday, June 27, 2011




PUTERI KM KUTIP TANDATANGAN BANTAH "BERSIH"
SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2011
PERINGKAT KAMPUNG DAMAI, KOTA MARUDU
26 JUN 2011
DIRASMIKAN OLEH:
YBHG. SENATOR DATUK MAIJOL MAHAP

Read more...

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG: Usaha Murni Ahli Parlimen Papar, Puteri UMNO M'sia, Yayasan Pelajaran Mara & PPD, Papar

Tuesday, June 21, 2011




PROGRAM MOTIVASI DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
&
PENYERAHAN KUNCI RUMAH MESRA RAKYAT
DEWAN DATUK SALLEH SULONG, PAPAR
19 JUN 2011

ANJURAN:
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT P. 175 PAPAR
DENGAN KERJASAMA
YAYASAN PELAJARAN MARA
PPD, PAPAR
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

DIRASMIKAN OLEH:
YB. DATUK ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN
AHLI PARLIMEN P.175 PAPAR
MERANGKAP KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Read more...

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO KM 2011



MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU 2011
DEWAN KOMUNITI, KOTA MARUDU
17 MEI 2011

DIRASMIKAN OLEH:
YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN
KETUA MENTERI SABAH
MERANGKAP PERNGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH

Read more...

Program JR : Biro Usahawan & Ekonomi 2011




PROGRAM MEMPERKASA MODEL BARU EKONOMI
SEMPENA PROGRAM JUARA RAKYAT BULAN EKONOMI & USAHAWAN
ANJURAN:
BIRO USAHAWAN & EKONOMI, BAHAGIAN UMNO KOTA MARUDU
(PENGERUSI PENGANJUR : TUAN BAINTIN @ ABDUL HALIM ADUN)
&
GAGASAN BADAN EKONOMI MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH (GABEM)
14 MEI 2011
DEWAN, KG. SALIMANDUT
KOTA MARUDU

DIRASMIKAN OLEH:
YBHG. EN. WETROM BAHANDA @ MOHD. FIKRI
KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU

KEYNOTE SPEAKER:
YBHG. TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK, PENGERUSI RISDA


Read more...

Mesyuarat Perwakilan Puteri KM 2011

Perwakilan Puteri Cawangan Kg. Longob Bersama Exco Puteri UMNO M'sia

Kek Sambutan Ulang Tahun Puteri UMNO Ke-10 & Hari Ibu


07 MEI 2011 (SABTU)
DEWAN PERDANA, SMK KOTA MARUDU II

DIRASMIKAN OLEH
:
YB. DATUK ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Read more...

HARI JADI KETUA PUTERI KM

Wednesday, February 2, 2011



WARGA PUTERI KM MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR
FEBRUARI 01, 2011
KHAS BUAT PUAN REDONAH BAHANDA
KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN KM

"Semoga dianugerahkan limpahan kebaikan dan kesihatan yang baik"

Read more...

PUTERI KM KE PKR TENANG

Tuesday, February 1, 2011



KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN KM
Y.BHG. PN. REDONAH BAHANDA
BERSAMA PUTERI UMNO MALAYSIA
SEKITAR PENAMAAN CALON PRK DUN N05 TENANG, JOHOR
22 JANUARI 2011

Read more...

Lawatan Ke Penempatan Mangsa Banjir







LAWATAN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN KM
Y.BHG. PN. REDONAH BAHANDA & ROMBONGAN
KE PENEMPATAN MANGSA BANJIR
DAERAH KOTA MARUDU
31 JANUARI 2011

Read more...

KUNJUNGAN HORMAT : ~YB. SARAPIN MAGANA~

Thursday, August 12, 2010



KUNJUNGAN HORMAT
AJK PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU
DI PEJABAT YB. SARAPIN MAGANA
DUN N4 MATUNGGONG, KOTA MARUDU
PADA JULAI 29, 2010
JAM 3.00 PETANG

"UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YB. SARAPIN MAGANA MENYAMBUT KEHADIRAN KAMI"

Read more...

Program Juara Rakyat: ~BULAN Bersama NGO~






MENHGADIRI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA NGO
PADA JULAI 31, 2010 (SABTU)
BERTEMPAT DI DEWAN PERDANA, SMK KOTA MARUDU II
DIRASMIKAN OLEH YB. DATO MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI

Read more...

Puteri Menuntut Seorang Wakil Rakyat Daripada Parti UMNO Di Parlimen P.168 Kota Marudu Menjelang PRU Ke 13

Monday, July 26, 2010

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Perjuangan & Salam 1 Malaysia.
YBhg., Pengerusi Tetap,
YBhg., Timbalan Pengerusi Tetap,
YBhg., Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu, Pn. Redonah Bahanda,
Yang Dihormati, Pemerhati dari Pergerakan Puteri UMNO Negeri, Pn. Aziah Atoh, selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepanggar juga Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah,
Yang Berusaha dan Dikasihi, Barisan AJK Puteri UMNO Bahagian, Ketua-ketua Puteri UMNO Cawangan,
Wakil daripada UMNO Bahagian,
Para Perwakilan dan Pemerhati yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan syukur setulusnya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, sekali lagi kita dapat berkumpul dalam Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kota marudu pada pagi yang mulia ini untuk meneruskan kelangsungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO dan parti UMNO yang kita cintai. Puteri UMNO Bhagian Kota Marudu tetap teguh berdiri, bersama-sama Pergerakan Wanita dan Pemuda tanpa sedikitpun rasa gentar, akan meneruskan perjuangan, mengangkasa dan memperkasakan parti keramat ini. Semarak semangat perjuangan generasi muda dalam Puteri UMNO tidak pernah padam, biar diasak apa juga cabaran!

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu pada kali ini ingin membentangkan usul agar SATU KERUSI diberikan kepada Parti UMNO dalam Pilihan Raya Ke-13 akan datang. Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu memohon agar pihak Perhubungan UMNO Negeri dan Pusat mengambil perhatian serius dan tindakan terhadap perkara ini. Dalam kempen pilihan raya lepas, penyandang kerusi parlimen Kota Marudu yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Y.B Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, dalam kempennya merayu agar pengundi memberikan peluang dan memilihnya untuk kali terakhir. Melalui pernyataan ini, jelas menggambarkan bahawa Y.B Datuk tidak lagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan datang.

Jika menyingkap dan menelusuri sejarah perjuangan dalam parti, UMNO Bahagian Kota Marudu telah membuktikan komitmen yang padu dan iltizam yang mantap dalam kemenangan majoriti yang telah dicapai oleh calon-calon Barisan Nasional yang semuanya dari Parti Bersatu Sabah (PBS) (DUN Matunggong: Y.B Sarapin Magana; DUN Tandek: YB Anita Baranting @ Lasiah dan Parlimen Kota Marudu: Y.B Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili). Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu yakin bahawa dengan keangkasaan dan keperkasaan parti umno sendiri dan sokongan serta komitmen daripada parti komponen, parti UMNO dalam Barisan Nasional juga akan memperolehi kemenangan yang manis, bergaya dan majoriti jika diberi mandat menjadi calon dalam pilihan raya yang akan datang.

Sidang Perwakilan yang dihormati,

Mari kita renungkan dan nilai bersama. Adakah selepas 9 tahun penubuhan puteri, kita mempunyai hala tuju yang benar-benar menyokong perjuangan parti kita? Adakah kita telah mainkan peranan sebagai jentera generasi muda yang prihatin terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara? Cabaran yang ada di hadapan sangat getir. Kita mahu buktikan bahawa kita bukan sekadar boneka, tempelan, kekuatan yang ada pada kita bukan sekadar untuk merayu undi ketika pilihan raya, tetapi kita juga perlu dilibatkan dalam perkara yang membabitkan bab yang lebih penting dan besar. Seperti mana ucapan dasar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Y. B Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pada tahun lepas:

“Jika mereka menjadi sayap, kita juga mesti terbang dengan sayap itu. Jika mereka menjadi tulang belakang, biarlah kita kekal menjadi tulang rusuk yang menjadi rasuk yang mengukuh. Rasuk pada tiang seri sebuah rumah yang kukuh berdiri tanpa sebatang paku pun. Kita bukan pesiang sayap lain, malah puteri adalah pengukuh dan penyokong”.

Saya yakin dan percaya, cabaran untuk merealisasikan pergerakan ini terus relevan adalah bertitik tolak dari puteri itu sendiri. Kita tidak perlu menunding jari. Kita tidak perlu menyenaraikan faktor luaran yang menyebabkan pergerakan kita lemah kerana segala puncanya adalah dari dalam pergerakan kita sendiri. Inilah masanya kita memperbaiki landasan perjuangan kita. Kita mesti melakukan perubahan, jika tidak, puteri akan rebah!

Sidang Perwakilan Yang dimuliakan,

Tanggung jawab kita hakikatnya tidak mudah digalas. Tanggung jawab kita amat besar. Pengajaran Mac 2008 dan siri kekalahan dalam 7 pilihan raya kecil selepasnya, perlu kita kongsikan beban dan belajar daripada tragedi itu. Kita mesti akui, sebahagian daripada punca kemorosotan prestasi kita disebabkan oleh kegagalan kita untuk mendapatkan keyakinan golongan muda. Kita gagal untuk memastikan golongan muda supaya memihak kepada kita. Sedangkan lebih 40% pengundi adalah dalam kalangan usia kita. Ini bukan satu pencapaian yang baik dalam sejarah perjuangan parti. Kita harus bangkit kembali menggunakan segala kekuatan yang ada pada kita untuk meraih sokongan rakyat kepada parti. Kita juga tidak akan berputus asa meraih sokongan pengundi sekalipun terpaksa berjalan di taman perumahan, menyusur kesibukan kota, berdayung hingga ke hulu sungai, mendaki ke puncak gunung, meredah semak dan belantara, Puteri Tidak Akan Berhenti!!!! Marilah kita bersama-sama melipatgandakan usaha yang sedia ada untuk terus memenangi hati pengundi.

Di samping itu, puteri mesti bergerak aktif mencari ahli dan pengundi baru. Jika SPR mengakui PAS dan DAP paling aktif mencari pengundi baru, maka puteri juga mesti bertindak agresif untuk mencapai matlamat itu. Masa kita tidak panjang, sehari kita bertangguh, mungkin kita terlepas berpuluh ahli baru. Sebagai sayap yang mewaklili generasi muda, inilah peluang untuk membuktikan peranan kita. Peranan untuk memasyarakatkan, merakyatkan dan mengakarumbikan UMNO.

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Sayangi Parti, Dekati Rakyat. Puteri UMNO perlu sayangi parti, mendekati hati rakyat sepanjang masa dan kembali kepada semangat jati diri, berjuang dengan gigih supaya parti ini terus disegani dan mendapat tempat di hati rakyat. Sebagai mana saranan Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam majlis sambutan ulang tahun ke-64 UMNO di PWTC bulan lepas:

“untuk menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, para pemimpin UMNO perlu sentiasa berusaha dan membuat program-program sepanjang masa dan bukannya turun padang hanya pada musim-musim pilihan raya sahaja. Untuk sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi”.

Selaku pemimpin, Puteri UMNO hendaklah menanamkan nilai dan mempraktiskan dalam diri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, bukannya mendampingi mereka secara bermusim. Politik bukan wadah untuk kita mengejar kuasa dan wang ringgit, tetapi keutamaan harus diletakkan kepada perjuangan membela nasib bangsa dan rakyat jelata.
Sidang Perwakilan Yang Dimuliakan,

Teruskan obor perjuangan untuk bersatu dalam satu pasukan demi menjayakan hasrat parti. Teruskan berusaha dan berdoa agar langkah kita melakar kegemilangan demi agama, bangsa dan negara terus terlaksana. Laungan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat akan terus bersemarak dan bergema dalam dewan ini. Patah sayap bertongkat paruh, gunung nak didaki, didaki jua.

Semoga Puteri UMNO terus berwibawa dalam menggarap satu perjuangan, mengukuhkan puteri dan menjulang parti.

Puteri...khidmat bakti mu amat diperlukan. Puteri...jasa pengorbanan mu menjadi taruhan. Puteri...gerakkan lah barisan. Puteri maruah negara, bangsa dan agamamu menjadi ihsan pada sebuah nama perjuangan. Puteri...jangan gadaikan semua itu atas nama jawatan dan gelaran. Puteri... hanya ALLAH yang membalas setitis keringatmu yang gugur atas nama perjuangan. Puteri... majulah, berjuanglah...INSYALLAH Puteri, kau kan megah di persada barisan.

Sekian, wabillah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wrt. Wbt.

*Usul ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu pada 19 Jun 2010 (Sabtu)bertempat di Hotel Hexan, Kota Marudu.

Read more...

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO KM

Tuesday, July 6, 2010








MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO
BAHAGIAN KOTA MARUDU 2010
PADA JUN 19, 2010 (SABTU)
JAM 8.00 PAGI
DI BILIK SEMINAR, HOTEL HEXAN, KM
DIRASMIKAN OLEH KETUA BAHAGIAN UMNO,
YBHG. TUAN WETROM @ MOHD. FIKRI BAHANDA

“Jika mereka menjadi sayap, kita juga mesti terbang dengan sayap itu. Jika mereka menjadi tulang belakang, biarlah kita kekal menjadi tulang rusuk yang menjadi rasuk yang mengukuh. Rasuk pada tiang seri sebuah rumah yang kukuh berdiri tanpa sebatang paku pun. Kita bukan pesiang sayap lain, malah puteri adalah pengukuh dan penyokong”.

(Ucapan Dasar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,
YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pada Perhimpunan Agung
Puteri UMNO Malaysia 2009, PWTC).

Read more...

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO KM

Monday, July 5, 2010






MENGHADIRI MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN KOTA MARUDU
PADA: JULAI 03, 2010
TEMPAT: DEWAN TIONGHWA, KOTA MARUDU
DIRASMIKAN OLEH:
YBHG. TUAN WETROM @ MOHD. FIKRI BAHANDA
KETUA BAHAGIAN, UMNO KOTA MARUDU


SELAMAT BERSIDANG!

Read more...

Program Juara Rakyat: Belia & Sukan







MENGHADIRI PROGRAM JUARA RAKYAT
"BULAN BELIA DAN SUKAN"
ANJURAN UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU
PADA : JUN 26 & 27, 2010
TEMPAT : SK. LANGKON, KOTA MARUDU
DIRASMIKAN OLEH :
YBHG. TUAN HJ. NIZAM BIN DATUK SRI ABU BAKAR TITINGAN
KETUA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA KETUA MENTERI SABAH



SYABAS DAN TAHNIAH ATAS PENGANJURAN PROGRAM INI!

Read more...

SALAM TAKZIAH

Monday, March 1, 2010



PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU MENGUCAPKAN
SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA ALLAHYARHAMAH
(Haslinda Mohd Zerain, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang / Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)
ATAS KEMBALINYA ALLAHYARHAMAH KE RAHMATULLAH
PADA FEBRUARI 24, 2010 KERANA DISERANG SAKIT JANTUNG.

Semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah...

Read more...

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP