Bayi berumur 6 bulan dapat diselamatkan
Tuesday, July 7, 2009
Pn. Norhamidah Jarimal menyampaikan sumbangan daripada Puteri UMNO Bahagian
Read more...
Pada 03 Julai 2009 (Jumaat), lebih kurang jam 9.30 pagi, rumah adik Mairin Mosimpun, salah seorang ahli Puteri UMNO di Cawangan Kg. Lotong hangus dijilat api. Walau pun tidak ada harta benda yang dapat diselamatkan tetapi beliau bersyukur kerana tidak ada jiwa yang terkorban. Dalam kejadian itu, Mairin tidak menyedari api merebak cepat ke bahagian ruang rumah. Lalu Mairin bergegas menyelamatkan anaknya yang berumur 6 bulan. Pada masa itu, api sudah merebak dan ruang rumah dipenuhi dengan asap. Hanya suara anak yang menangis sahaja kedengaran. Mairin meluru ke arah tangisan itu dan ternampak kaki anaknya bergerak-gerak lalu ditarik dengan cepat. Tuhan menyebelahi mangsa kebakaran ini, bayi yang berumur 6 bulan dapat diselamatkan walaupun di bahagian muka bayi tu melecur terkena api. Puteri UMNO Bahagian KM sangat terharu degan tragedi ini. Semoga adik mairin dan keluarga tabah menghadapi cabaran ini. Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah.
"KEHIDUPAN DI DUNIA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARIPADA UJIAN DAN CABARAN. ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG MENGHADAPINYA DENGAN HATI YANG CEKAL"