Redonah Bahanda Dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu

Monday, October 3, 2011

PUAN REDONAH BAHANDA
KETUA PUTERI UMNO
BAHAGIAN P. 168 KOTA MARUDU

Dengan bangganya, AJK Puteri UMNO Bahagian dan seluruh ahli Puteri UMNO Bahagian P. 168 Kota Marudu merakamkan ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada YBhg. Puan Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO, Bahagian P. 168 Kota Marudu atas penganugerahan Bintang Setia Kinabalu (B.S.K) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-58 pada 01 Oktober 2011 (Sabtu). Semoga pemimpin wanita muda ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam perjuangannya untuk bersama-sama menjayakan cita-cita pemimpin-pemimpin terdahulu, yakni pada masa ini Gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Y. A. B Perdana Menteri Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan atas pengiktirafan yang diberikan kepada pengorbanan, sumbangan, jasa dan bakti cemerlang pemimpin wanita muda, YBhg. Puan Redonah Bahanda, yang menjadi idola kami. Sesungguhnya beliau adalah pemimpin produk 1Malaysia yang mendahulukan rakyat - kami rasa puas hati, rasa lega dan rasa berbaloi dengan pemimpin puteri UMNO yang kami pilih; mengutamakan pencapaian - mutu kerja beliau yang berkualiti dan memberikan manfaat selain sifat empati beliau yang luar biasa, wasatiyah, tawadhuk, keinginannya yang tinggi untuk turun ke padang dan sentiasa membuat pembaharuan.

"INI ADALAH KERAJAAN RAKYAT DAN 
PEMIMPIN KENA TAHU KEHENDAK RAKYAT"
(Y.A.B Dato. Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak)


Read more...

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP