Selamat Pengantin Baru

Wednesday, October 28, 2009

Pn. Asnieeh Kanil & Pasangan
26 Oktober 2009/1430H
Kg. Longob Kota Marudu



Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu ingin mengucapkan
Selamat Pengantin Baru
Semoga Berbahagia, Berkekalan & Berpanjangan
Hingga Ke Anak Cucu & Hingga Ke Akhir Hayat
Amiin...



Read more...

Di Sebalik Rungkaian Huruf PUTERI...

Friday, October 23, 2009

Sudah menjadi agenda Puteri UMNO Malaysia untuk mengadakan Perhimpunan Agung setiap tahun. Pada tahun ini, perhimpunan ini diadakan pada 13 & 14 Oktober 2009 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Perwakilan Puteri UMNO dari Bahagian Kota Marudu kali ini adalah Puan Redonah Bahanda, saya sendiri (Puan Norhamidah Jarimal), Puan Salmi Salim dan Puan Jaisey Mosimpun.

Saya sangat tertarik dengan Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, "MENGGARAP 1 PERJUANGAN, MENGUKUH PUTERI, MENJULANG PARTI ". Secara ringkasnya, ucapan dasar ini mengetengahkan beberapa aspek seperti yang dinyatakan di bawah:

1) Pindaan Perlembagaan
2) Kempen Keahlian
3) Pendidikan
4) Pendidikan Awal Kanak-kanak
5) Kemudahan Sekolah
6) Kemiskinan Bandar
7) Ekonomi Melayu
8) Bahasa
9) Pembantu Rumah Sebagai Kerjaya
10) Agama
11) Kesihatan
12) 1Malaysia
13) Portal Puteri UMNO Malaysia

Di sebalik rungkaian huruf PUTERI...

PUTERI...

P : Pertiwi di medan bakti UMNO yang dikasihi
U : Usah ragu dan bertongkat dagu
T : Terimalah kekurangan dan kelebihan diri
E : Endahlah pada perjuangan pucuk pimpinan Negara
R : Redahkan semangat perjuangan dan kesungguhan
I : Insafi dan sedari diri agar UMNO kekal di hati...

PUTERI
khidmat bakti mu amat diperlukan. PUTERI jasa pengorbanan mu menjadi taruhan. PUTERI gerakkanlah barisan. PUTERI Maruah Negara, Bangsa dan Agamamu menjadi ihsan pada sebuah nama perjuangan. PUTERI jangan gadaikan semua itu atas nama jawatan dan gelaran. PUTERI hanya Allah yang membalas setitis keringatmu yang gugur atas nama perjuangan. PUTERI majulah, berjuanglah....Insyallah PUTERI kau kan megah di persada BARISAN.


Sumber: Ucapan Dasar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Read more...

Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Monday, October 19, 2009

SELAMAT BERSIDANG PUTERI!

Puteri Redonah (Ketua Puteri)
Puteri Norhamidah (Naib)
Puteri Salmi (SUK)
Puteri Jaisey (AJK)
Perwakilan Puteri UMNO Dari Bahagian Kota Marudu
PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
PADA 13 & 14 OKTOBER 2009
BERTEMPAT DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
KUALA LUMPUR

Read more...

Rumah Terbuka Hari Raya UMNO KM









RUMAH TERBUKA HARI RAYA UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU
PADA 10 OKTOBER 2009 (SABTU)
BERTEMPAT DI DEWAN KOMUNITI, KM
BERMULA JAM 11.00 PAGI ~ 3.00 PETANG

Read more...

Majlis Berbuka Puasa Bersama CM



SELAMAT BERBUKA PUASA...

Read more...

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Wednesday, October 7, 2009


Sukacita dimaklumkan bahawa UMNO Bahagian Kota Marudu akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : Bermula jam 11.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat: Dewan Komuniti, KM

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.

Read more...

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP