Puteri Umno Sabah susun strategi kukuh pergerakan.

Tuesday, May 26, 2009

24th May, 2009

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno Sabah akan menyusun pelbagai strategi untuk memperkukuhkan pergerakan itu di Sabah termasuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai Barisan Nasional (BN).

Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin berkata, semua program yang dirancang akan dilaksanakan mengikut biro-biro yang diwujudkan oleh pergerakan itu.“Puteri Umno menubuhkan banyak biro agar program yang kita rancang dapat meliputi semua bidang termasuk untuk memperkasakan peranan Puteri.

“Antara biro yang ditubuhkan ialah Biro Politik, keahlian dan daftar pemilih, penerangan dan latihan, pelajaran, teknologi maklumat, kebajikan dan kesihatan, belia dan sukan, kebudayaan dan warisan, agama dan pembangunan sosial, khidmat guaman, biro professional muda, pembangunan usahawan dan pemantapan ekonomi, sukarelawan, hak asasi dan kemanusiaan dan biro antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Puteri Umno Negeri Sabah, di sebuah hotel terkemuka, di sini, kelmarin.Turut hadir Naib Ketua Puteri Umno Sabah Zakiah Hj.Kalipunya, Penolong Bendahari Efaridun Datuk Hj.Ismail, Penolong Setiausaha Aziah Atoh, Ketua Penerangan Nazliah Ali dan semua ketua-ketua puteri Umno di peringkat bahagian.

Musliati berkata bagi memantapkan Puteri Umno, pergerakan itu akan mengambil pendekatan untuk menjadikan gagasan ‘Satu Malaysia’ sebagai platform dan menjadikan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dalam melaksanakan semua progam yang dirancang sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian.

Progam-program yang akan dilaksanakan di peringkat bahagian akan memfokuskan kepada peringkat akar umbi di daerah-daerah, kampung dan taman-taman perumahan yang melibatkan semua golongan masyarakat.

Read more...

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP