Selamat Hari Natal 2009

Monday, December 28, 2009




PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI NATAL 2009
SEMOGA BERGEMBIRA!

Read more...

Majlis Pemimpin UMNO KM Bersama Rakyat

Wednesday, December 23, 2009







MAJLIS PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU
BERSAMA RAKYAT
PADA 19 DISEMBER 2009 (SABTU)
BERTEMPAT DI PADANG SK. PANUDAHAN, MATUNGGONG
JAM 8.00 PAGI

Read more...

Menghadiri Majlis Perkahwinan



MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN
NARVINDY @ MOHD. FIKRI JOHARI & ERIYANI EDDY
PADA 19 DISEMBER 2009 (SABTU)
JAM 2.00 PETANG
BERTEMPAT DI KG. KALUMPANG, PITAS

SEMOGA BERBAHAGIA, BERKEKALAN & BERPANJANGAN
HINGGA KE AKHIR HAYAT...

Read more...

Ramah-Mesra Bersama Puteri Rasak Darat

Wednesday, December 9, 2009




RAMAH-MESRA BERSAMA PUTERI CAWANGAN KG. RASAK DARAT
DI RUMAH KETUA CAWANGAN UMNO KG. RASAK DARAT
PADA 05 DISEMBER 2009 (SABTU)
3.00 PETANG


TERIMA KASIH SEMUA....JUMPA LAGI!

Read more...

CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN RM500 JUTA BAG KOTA MARUDU BAWAH RMK-10

Tuesday, December 8, 2009

KOTA MARUDU : Jawantankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah Kota Marudu, telah mengenal pasti beberapa cadangan projek pembangunan Daerah Kota Marudu di bawah RMK-10 akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Antara projek kemudahan awam dan infrastruktur asas seperti, pelan Mitigasi banjir bernilai RM200juta, kerana bencana banjir merupakan masalah utama di Kota Marudu. Infrasturktur lain yang diperlukan ialah pembinaan SMK Bandau, SMK Langkon dan SMK Marak Parak. Jalanraya berkembar pekan Kota Marudu, Pembinaan Jalan Samparita penghubung kepada 10buah kampung di kawasan Sungai Magandai, Kompleks Sukan, Kolej komuniti,ibu pejabat polis daerah dan rumah orang tua...

By Bernama New Sabah Times 08/12/09

Read more...

Hari Keluarga SATU Tandek










HARI KELUARGA SATU TANDEK
PADA 06 DISEMBER 2009 (AHAD)
DI DEWAN SMK TANDEK
PADA 8.30 PAGI - 4.30 PETANG

"Serumpun, Sekasih, Sekeluarga"

TAHNIAH & TERUSSSKAN!

Read more...

Wacana Ilmu Bersama Tun Dr. Mahathir

Friday, November 20, 2009







PROGRAM WACANA ILMU
BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMED
PADA 14 NOVEMBER 2009 (SABTU)
BERTEMPAT DI HOTEL PASIFIC, SUTERA HARBOUR, KOTA KINABALU.

Read more...

Pindaan Perlembagaan

Tuesday, November 3, 2009

Puteri KM sangat berterima kasih kepada pucuk pimpinan kerana tampil dengan cadangan pindaan perlembagaan parti. Puteri KM yakin dan percaya, jika cadangan ini diterima dan diluluskan nanti, UMNO akan menjalani satu transformasi.

Puteri KM telah meneliti, dengan menjadikan Ketua Puteri Cawangan secara AUTOMATIK sebagai perwakilan ke bahagian, golongan muda akan membentuk satu angka yang signifikan dalam parti. Penglibatan golongan muda semakin meningkat! Paling penting, lebih ramai ahli yang terlibat dalam pemilihan jawatan, menjadikan UMNO adalah gambaran sebenar pemimpin yang dikehendaki rakyat. Ini adalah mustahak untuk membolehkan mereka lebih berperanan, mempunyai kuasa dan terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Selain itu, pindaan bagi membolehkan ketua sayap cawangan boleh menandatangani borang untuk permohonan ahli baru, memudahkan lagi orang ramai untuk menjadi ahli UMNO. Usaha ini menjadikan UMNO tidak EKSKLUSIF untuk golongan tertentu sahaja.

Kesemua pindaan ini penting untuk membolehkan jangka hayat UMNO bertahan sebagai sebuah parti yang memenuhi aspirasi rakyat. Ini juga sangat relevan untuk memastikan kesinambungan UMNO sebagai sebuah parti yang menjiwai keperluan golongan muda.

Puteri Sekalian,
Inilah masanya untuk kita memperbaiki landasan perjuangan. Sebagai sayap yang mewakili generasi muda, inilah peluang untuk membuktikan peranan kita....peranan untuk merakyatkan UMNO dan mengakarumbikan UMNO.

Kita mesti sedar bahawa SINDROM SELESA hanya akan menjahanamkan parti. Justeru itu, kita harus bekerja keras tanpa mengenal erti penat dan jemu, kita tidak boleh berputus asa dan berpantang undur serta kita tidak boleh mengaku kalah dalam usaha menarik sokongan ahli-ahli baru di luar sana.

Inilah iltizam. Inilah keazaman yang ada pada setiap ahli puteri. Kita sama-sama bekerja keras demi menyelamatkan parti, demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

Salam Perjuangan...

Sumber: Ucapan Dasar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Read more...

Selamat Pengantin Baru

Wednesday, October 28, 2009

Pn. Asnieeh Kanil & Pasangan
26 Oktober 2009/1430H
Kg. Longob Kota Marudu



Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu ingin mengucapkan
Selamat Pengantin Baru
Semoga Berbahagia, Berkekalan & Berpanjangan
Hingga Ke Anak Cucu & Hingga Ke Akhir Hayat
Amiin...



Read more...

Di Sebalik Rungkaian Huruf PUTERI...

Friday, October 23, 2009

Sudah menjadi agenda Puteri UMNO Malaysia untuk mengadakan Perhimpunan Agung setiap tahun. Pada tahun ini, perhimpunan ini diadakan pada 13 & 14 Oktober 2009 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Perwakilan Puteri UMNO dari Bahagian Kota Marudu kali ini adalah Puan Redonah Bahanda, saya sendiri (Puan Norhamidah Jarimal), Puan Salmi Salim dan Puan Jaisey Mosimpun.

Saya sangat tertarik dengan Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, "MENGGARAP 1 PERJUANGAN, MENGUKUH PUTERI, MENJULANG PARTI ". Secara ringkasnya, ucapan dasar ini mengetengahkan beberapa aspek seperti yang dinyatakan di bawah:

1) Pindaan Perlembagaan
2) Kempen Keahlian
3) Pendidikan
4) Pendidikan Awal Kanak-kanak
5) Kemudahan Sekolah
6) Kemiskinan Bandar
7) Ekonomi Melayu
8) Bahasa
9) Pembantu Rumah Sebagai Kerjaya
10) Agama
11) Kesihatan
12) 1Malaysia
13) Portal Puteri UMNO Malaysia

Di sebalik rungkaian huruf PUTERI...

PUTERI...

P : Pertiwi di medan bakti UMNO yang dikasihi
U : Usah ragu dan bertongkat dagu
T : Terimalah kekurangan dan kelebihan diri
E : Endahlah pada perjuangan pucuk pimpinan Negara
R : Redahkan semangat perjuangan dan kesungguhan
I : Insafi dan sedari diri agar UMNO kekal di hati...

PUTERI
khidmat bakti mu amat diperlukan. PUTERI jasa pengorbanan mu menjadi taruhan. PUTERI gerakkanlah barisan. PUTERI Maruah Negara, Bangsa dan Agamamu menjadi ihsan pada sebuah nama perjuangan. PUTERI jangan gadaikan semua itu atas nama jawatan dan gelaran. PUTERI hanya Allah yang membalas setitis keringatmu yang gugur atas nama perjuangan. PUTERI majulah, berjuanglah....Insyallah PUTERI kau kan megah di persada BARISAN.


Sumber: Ucapan Dasar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Read more...

Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Monday, October 19, 2009

SELAMAT BERSIDANG PUTERI!

Puteri Redonah (Ketua Puteri)
Puteri Norhamidah (Naib)
Puteri Salmi (SUK)
Puteri Jaisey (AJK)
Perwakilan Puteri UMNO Dari Bahagian Kota Marudu
PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
PADA 13 & 14 OKTOBER 2009
BERTEMPAT DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
KUALA LUMPUR

Read more...

Rumah Terbuka Hari Raya UMNO KM









RUMAH TERBUKA HARI RAYA UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU
PADA 10 OKTOBER 2009 (SABTU)
BERTEMPAT DI DEWAN KOMUNITI, KM
BERMULA JAM 11.00 PAGI ~ 3.00 PETANG

Read more...

Majlis Berbuka Puasa Bersama CM



SELAMAT BERBUKA PUASA...

Read more...

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Wednesday, October 7, 2009


Sukacita dimaklumkan bahawa UMNO Bahagian Kota Marudu akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : Bermula jam 11.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat: Dewan Komuniti, KM

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.

Read more...

Majlis Berbuka Puasa di Surau Kg. Beliajung, KM

Tuesday, September 8, 2009



Sept, 03, 2009, Puteri UMNO Bahagian KM telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama ahli-ahli Puteri UMNO di Cawangan Kg. Taritipan, Kg. Beliajung Baru, Kg. Beliajung serta penduduk kampung bertempat di Surau Kg. Beliajung. Majlis berjalan dengan lancar dan disemarakkan dengan suasana penuh kekeluargaan.


Nota: Tidak sempat ambil gambar kenangan, kamera tertinggal.

Read more...

Haiwan yang membawa tuah...

Thursday, August 27, 2009




Salam 1 Malaysia...

Semasa berada di bumi kenyalang, PH sempat melawat Muzium Kucing.
Apa yang ada di muzium ini?
Muzium Kucing merupakan sebuah muzium yang pamerannya berkaitan dengan kucing. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1993 dan dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara. Terdapat lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak serta tugu mengenai kucing dari serata dunia. Menurut kepercayaan masyarakat Malaysia dan Cina, kononnya kucing dikatakan sebagai haiwan yang membawa tuah.

Read more...

SALAM MERDEKA!

Friday, August 21, 2009




Ya Allah, Ya Rahman...
Cucurilah rahmat dan berkatMU
Ke atas Negara Malaysia Kerajaannya
Rakyatnya
Aset-asetnya
Dan seluruh isinya
Jadikanlah negara ini
BALDATUN, THOIYIBATUN, WARABBUN GHAFUR
Satukan rakyatnya tidak kira etnik, bangsa dan agama

"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Read more...

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Thursday, August 20, 2009



Duhai Puteriku...
Ramadhan datang lagi kepada kita
Datangnya seperti selalu
Dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa
Untuk hambaNya yang tidak leka dengan kelebihannya…

Read more...

Selamat Datang " YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin"...

Tuesday, August 18, 2009

MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO
BAHAGIAN KUDAT & KOTA MARUDU
DIRASMIKAN OLEH
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO/TIMBALAN PERDANA MENTERI/
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI DEWAN TUN MUSTAPHA, KUDAT
OGOS, 16, 2009 (AHAD)






Read more...

Majlis Makan Malam Bersama Y. B. Dato' Seri Mohd Shafie

Friday, August 7, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA
Y.B. DATO' SERI MOHD SHAFIE AFDAL
NAIB PRESIDEN UMNO MERANGKAP
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
0G0S, 06, 2009
KUDAT GOLF & MARINA RESORT










Read more...

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO KM

Wednesday, August 5, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU
PADA OGOS, 02, 2009 (AHAD)
DI DEWAN PERDANA, SMK KOTA MARUDU II



Pn. Efaridun Datuk Ismail, Pn. Redonah Bahanda & Pn. Sahramah Jamaludin

Ketua Puteri & AJK Puteri Bahagian Sedang Menunggu Ketibaan Perasmi...

Di Luar Dewan Perdana, SMK Kota Marudu II

SPR Yang Bertugas Dalam Pemilihan Wakil 2 Wanita Ke KL. TK Puteri!

Antara Perwakilan Dari Cawangan Kg. Barangkason, Matunggong Yang Hadir

Perwakilan Puteri Dari Cawangan Kg. Longob, Tandek
(Arinieh Kanil, Rosdah Tibin & Norjanah Bahari)

Read more...

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP