Puteri Umno Sabah susun strategi kukuh pergerakan.
Tuesday, May 26, 2009
24th May, 2009
KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno Sabah akan menyusun pelbagai strategi untuk memperkukuhkan pergerakan itu di Sabah termasuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai Barisan Nasional (BN).
Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin berkata, semua program yang dirancang akan dilaksanakan mengikut biro-biro yang diwujudkan oleh pergerakan itu.“Puteri Umno menubuhkan banyak biro agar program yang kita rancang dapat meliputi semua bidang termasuk untuk memperkasakan peranan Puteri.
“Antara biro yang ditubuhkan ialah Biro Politik, keahlian dan daftar pemilih, penerangan dan latihan, pelajaran, teknologi maklumat, kebajikan dan kesihatan, belia dan sukan, kebudayaan dan warisan, agama dan pembangunan sosial, khidmat guaman, biro professional muda, pembangunan usahawan dan pemantapan ekonomi, sukarelawan, hak asasi dan kemanusiaan dan biro antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Puteri Umno Negeri Sabah, di sebuah hotel terkemuka, di sini, kelmarin.Turut hadir Naib Ketua Puteri Umno Sabah Zakiah Hj.Kalipunya, Penolong Bendahari Efaridun Datuk Hj.Ismail, Penolong Setiausaha Aziah Atoh, Ketua Penerangan Nazliah Ali dan semua ketua-ketua puteri Umno di peringkat bahagian.
Musliati berkata bagi memantapkan Puteri Umno, pergerakan itu akan mengambil pendekatan untuk menjadikan gagasan ‘Satu Malaysia’ sebagai platform dan menjadikan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dalam melaksanakan semua progam yang dirancang sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian.
Progam-program yang akan dilaksanakan di peringkat bahagian akan memfokuskan kepada peringkat akar umbi di daerah-daerah, kampung dan taman-taman perumahan yang melibatkan semua golongan masyarakat.

8 comments:
Bergeraklah om berkerjalah demi bangsa, ugama dan nagara. sokongan sentiasa diberikan..........
Ayuh Bersamaku Srikandi Wagu..
Berikan satu sokong yang melangit tinggi, menggunung harapan!
TK.
Semoga menjadi penjuang bangsa, agama dan negara yang berjaya. Di tangan kalianlah semuanya terletak. Rautlah, asahlah, binalah bangsa ini, ikutilah, turutilah perjuangan mereka yang terdahulu.
When you do something do it correctly with honesty in your heart. All the best to you.
Salam Semua Puteri KMarudu,
Bila lagi ada jadi Puteri yang bergelar YB Puteri. Insyallah.
Repond dan bertindak.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090609011331/Article/index_html
pu3 kota marudu jangan jadi teruk lagi..teluslah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Mr.Rakunman,Mr.MT, Senjaliza & Limu
TK sbb sudi melawat blog ini.
Mr. R & Mr. MT,
Kami susuri dan jejaki lembaran sirah perjuangan pemimpin tdahulu.
Senjaliza,
Kami usulkan agar N6 Langkon dihidupkan semula dan kuota diberikan kepada UMNO. Pu3 sedang berusaha menawan wanita muda untuk masuk gelanggang.Jika mencapai keahlian yg ramai,soalan sdri akan terjawab. Insyallah...
Limu,
Ko mesti pu3 KM ni. klo inda pn, ahli umno KM. Dari cawangan mana? Mcm mana ko tau pu3 sebelum ini terukkkkkk?
apa yg berlaku sblm ni jadikan sbagi sempadan. adik2 pu3 inda sudah budu skrng, bijak suda pilih pemimpin dorang.
Post a Comment