Bayi berumur 6 bulan dapat diselamatkan

Tuesday, July 7, 2009

Pn. Norhamidah Jarimal menyampaikan sumbangan daripada Puteri UMNO Bahagian


Pada 03 Julai 2009 (Jumaat), lebih kurang jam 9.30 pagi, rumah adik Mairin Mosimpun, salah seorang ahli Puteri UMNO di Cawangan Kg. Lotong hangus dijilat api. Walau pun tidak ada harta benda yang dapat diselamatkan tetapi beliau bersyukur kerana tidak ada jiwa yang terkorban. Dalam kejadian itu, Mairin tidak menyedari api merebak cepat ke bahagian ruang rumah. Lalu Mairin bergegas menyelamatkan anaknya yang berumur 6 bulan. Pada masa itu, api sudah merebak dan ruang rumah dipenuhi dengan asap. Hanya suara anak yang menangis sahaja kedengaran. Mairin meluru ke arah tangisan itu dan ternampak kaki anaknya bergerak-gerak lalu ditarik dengan cepat. Tuhan menyebelahi mangsa kebakaran ini, bayi yang berumur 6 bulan dapat diselamatkan walaupun di bahagian muka bayi tu melecur terkena api. Puteri UMNO Bahagian KM sangat terharu degan tragedi ini. Semoga adik mairin dan keluarga tabah menghadapi cabaran ini. Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah.

"KEHIDUPAN DI DUNIA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARIPADA UJIAN DAN CABARAN. ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG MENGHADAPINYA DENGAN HATI YANG CEKAL"

5 comments:

NONG July 7, 2009 at 6:56 PM  

adess..nokotigog oku diti berita nu ady.Nasib po tu tuwadai i do mairin.
TAHNIAH Puteri Marudu kerana pantas dalam menghulurkan sumbangan. Inilah sebenarnya yang kita mahu lihat dalam mana2 kepimpinan hatta di peringkat atasan mahu pun peringkat akar umbi.

Syidah July 29, 2009 at 10:30 PM  

Asskm..tahniah atas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi.Blog yang mantap dan penuh dengan motivasi.Semoga terus maju jaya seiring dengan keteguhan usaha dan ketabahanmu meraih kejayaan..tq.

Puteri KM July 29, 2009 at 11:23 PM  

Tq Nong.
Tahniah Puteri KM!

Puteri KM July 31, 2009 at 12:01 PM  

Syidah,
TQ sudi lawat blog Puteri KM. Banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Emm..mengingatkan saya sahabat setia dari Papar bernama Syidah..atau mungkin juga inilah sahabat setia saya tu...plzz...

Anonymous February 4, 2011 at 8:23 PM  

Hi, i simply wanted to come here to show you about a super inexpensive service that posts comments like this on millions of Wordpress blogs. Exactly why you might ask, well you may want to sell something and target webmasters or merely just improve the quantity of backlinks your web site has that will improve your Google rankins which will then bring your website more visitors and money. Take a quick take a look at this website for much more info. http://hellomotow.net/backlinks

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP