1. Had umur pergerakan Puteri UMNO- Had umur ahli pergerakan puteri UMNO dinaikkan kepada 40 tahun. Had umur jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dinaikkan kepada 45 tahun.
2. Kuorum atau cukup bilang persidangan cawangan- Jumlah kuorum atau cukup bilang persidangan cawangan Puteri UMNO dikekalkan 9 orang.
RUANG SEMBANG
SEJARAH
Puteri UMNO dilancarkan pada 3 Ogos2001 oleh Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah Azalina Othman , seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman.
TAHUKAH ANDA
Selepas Persidangan Dunia Ketiga Berkenaan Wanita di Nairobi, Kenya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerajaan Malaysia pada tahun 1989 telah merumuskan National Policy on Women melalui rundingan bersama National Council of Women’s Organisation (NCWO) Malaysia. Bagaimanapun, hanya pada 1997, Jabatan Hal Ehwal Wanita di Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Sosial telah melaksanakan satu pelan Aksi Bagi Wanita di dalam Pembangunan (Action Plan for Women in Development) dengan tujuan menterjemahkan polisi kepada tindakan.
Hana Khairunnisa Binti Musli puteri kedua ku
-
*Anakku Hana Khairunnisa*
Sekian lama tidak muncul dalam ruang Blog ini, hari ini terpanggil untuk
melontarkan Post. Post kali ini seiring dengan gambar d...
Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.
INFO PUTERI 2
Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.
INFO PUTERI 3
Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.
1 comments:
Tahniah PH! teruskan keasidan dan kealkalianmu...hehe. hebat!
Post a Comment