Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu Johan Futsal

Monday, June 29, 2009

Y.B Datuk Rosnah, YBhg. Cik Musliati dan YBhg. Pn. Redonah
bersama2 menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..
Tahniah PUTERI MARUDU!


Pn. Redonah bersama-sama pemain2 futsal


Terukir senyuman....

Pergerakan Puteri UMNO Sabah telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Futsal pada 27 Jun 2009 (Sabtu) bertempat di Padang Bandaran, Kudat. Perlawanan ini melibatkan empat bahagian iaitu Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu, Kudat, Kota Belud dan Tuaran. Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu telah berjaya merebut piala johan, sementara naib johan disandang oleh Puteri UMNO Bahagian Tuaran, Tempat Ketiga Puteri UMNO Bahagian Kudat dan Tempat Keempat Puteri UMNO Bahagian Kota Belud. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PUTERI MARUDU!

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bertempat di Hotel Ria, Kudat. Secara kebetulan, pada hari yang sama merupakan Pelancaran Hari Talasemia Sedunia Peringkat Negeri. Daerah Kudat telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah pada pelancaran kali ini.

Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah ini adalah Cik Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah bersama Ketua2 Puteri Bahagian yang lain. Beliau mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Sabah yang diadakan di Marina Resort pada hari yang sama. Antara agenda penting yang dibincang adalah persiapan jentera pilihan raya di DUN Manik Urai nanti. Puteri UMNO Sabah akan bantu kenal pasti pengundi muda di DUN Manik Urai.

4 comments:

kirana June 29, 2009 at 8:42 PM  

Wowww... tak sangka! Sungguh handal pasukan nih! Gaya pun ada!

PU3 Noni June 29, 2009 at 9:33 PM  

kamu-kamu juga..tiada beza dengan dulu. 2x5.

Puteri Hamidah June 30, 2009 at 8:47 AM  

PU3 Noni,
Pandang ke depan. Lapangkan dada. Jangan sempit-sempitkan fikiran.
Jika ada pun dijemput yang 'lain-lain', sama juga, 2x5. Jadi, bagus lagi 'kamu-kamu juga'.

Dalam proses meniti ke titian integrasi ni sekarang....ayuh, sama2 meniti....

Boleh perkenalkan diri duhai PU3 Noni? Dari cawangan mana?
Puteri mesti berani tampil ke depan.Bukan hentam di alam maya saja.

Salam Perjuangan...

Puteri Hamidah June 30, 2009 at 9:45 AM  

Kirana,
TK. Pemain2 futsal itu terdiri daripada pu3 cawangan Kg. Lotong, Kota Marudu. Pasukan ini memang sudah teruji kehandalannya kerana telah beberapa kali menyertai perlawanan bola sepak (perempuan) pelbagai peringkat dan berjaya mendapat tempat ketiga dan naib johan.
Syabas dan Tahniah!

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP