Puteri UMNO Sabah Bantu Kenal Pasti Pengundi Wanita Muda di DUN Manik Urai

Monday, June 29, 2009


Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan berada di DUN Manik Urai untuk membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN). Puteri Sabah akan bergerak bersama-sama dalam satu pasukan dengan jentera Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Sabah.

Puteri UMNO Sabah akan bersama-sama dengan jentera Puteri UMNO yang sedia ada di DUN Manik Urai untuk menawan kira-kira 3,ooo golongan pengundi wanita muda dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai depan. Kehadiran Puteri UMNO untuk membantu kempen bagi memastikan kemenangan calon BN, sekali gus menyemarakkan lagi semangat golongan muda.

Jentera Puteri UMNO akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dan alam maya untuk memastikan BN dapat menawan kembali DUN tersebut.

Selamat Berjuang Wahai Srikandi sekalian....Semoga berjaya di medan juang!

Sumber: New Sabah Times/28 Jun 2009

0 comments:

INFO PUTERI 1

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

INFO PUTERI 2

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

INFO PUTERI 3

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

  © Puteri UMNO P168 Kota Marudu by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP